Buku Pengukuran Kuantiti Bangunan (Beserta Contoh Kerja Berdasarkan SMM2) disediakan sebagai teks pengenalan khusus untuk pelajar-pelajar pengukuran kuantiti bangunan. Kandungan buku ini mengambil kira silibus program ukur bahan di semua institusi pengajian tinggi di Malaysia. Di samping itu, buku ini juga sesuai untuk pelajar-pelajar program senibina, kejuruteraan awam, bangunan, ukurbangunan dan bidang-bidang berkaitan. Buku ini telah ditulis dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Penerangan berkenaan pengukuran kerja ditulis di dalam Bahasa Melayu agar para pelajar dapat memahami prinsip pengukuran dengan lebih berkesan.
×